Jumaat, 18 Julai 2014

Episod Terakhir

Assalamualaikum,

Blog ini akan ditutup.

Yeah. Akan ditutup tetapi penulisan saya akan bersambung ke blog asal, phat-lee.blogspot.com

Terima kasih atas sokongan anda...

Jumaat, 19 Julai 2013

Sorry...

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Well, dah lama sangat dah tak update blog ni. Well, a bit busy dengan kerja, and yes, sorry for the late update.
 
What's new? Well, business a bit slow sebab sekarang ni dah bulan Ramadhan. But still mencari any new prospect atau sesiapa yang berminat dengan perniagaan Takaful ni. And untuk tahun depan, bonus kepada high achievers adalah ini...

 
 
And yes, bukan ini saja benefits bila anda join Great Eastern Takaful. Andai kata anda join kami di Al - Muaz Global, akan ada benefits lain dari agensi kami sendiri.
 
So, jika anda berminat untuk menyertai Al-Muaz Global sebagai ejen Takaful, boleh hubungi kami!
 
Fadli @ 0192201750 - fadli_zulkifli@yahoo.com
Lina  @ 0122857840 - nurmalina82@yahoo.com
 
 
 

Isnin, 13 Mei 2013

Pagi bersama Mr. Irfan Khairi di Great Eastern!

 
Assalamualaikum. Rasa lama dah blog ni tak di update. Alhamdulillah, event Kenali Personaliti Anda pada 11 Mei lepas memang menyeronokkan. Banyak yang dipelajari untuk persediaan berjumpa dengan prospek yang kita tidak kenal.
 
Kepada yang terlepas, Great Eastern Takaful (GET) akan mengadakan satu lagi seminar khas. Tetapi kali ini kami menjemput En. Irfan Khairi.
 
 
Siapakah Irfan Khairi? Beliau merupakan seorang peniaga yang berjaya. Dan tujuan GET menjemput beliau adalah untuk memberi pandangan dan sedikit tunjuk ajar dalam bidang perniagaan. Bukan mudah untuk kita mendapatkan khidmat nasihat dari seorang yang pakar.
 
Sedikit maklumat mengenai Irfan Khairi, beliau merupakan jutawan muda, iaitu ketika berumur 25 tahun. Dan beliau mendapat gelaran itu dengan menceburi bidang perniagaan. Oleh itu, kami di Al Muaz Global, ingin mengajak kepada sesiapa yang ingin bersama-sama menceburi bidang perniagaan, untuk hadir ke seminar ini. Details adalah seperti berikut.
 
Jejak Jutawan bersama Irfan Khairi
26 Mei 2013 (Ahad)
9.30 pagi
Menara Great Eastern, Kuala Lumpur.
 
Tiket berharga RM20/satu
Beli 3, percuma 1 untuk RM40
 
 
Kami perlukan 40 orang sahaja. Dan memandangkan kami ingin membantu golongan bumiputera untuk menceburi bidang perniagaan, tiket untuk 20 peserta terawal akan ditanggung oleh kami!
 
Oleh itu, jangan lengah lagi. Kami sedang mencari sesiapa sahaja yang bersemangat dan ingin bersama kumpulan kami. Jika berminat, hubungi kami!
 
Fadli - 0192201750 @ fadli_zulkifli@yahoo.com
Lina  - 0122857840 @ nurmalina82@yahoo.com
 
Sebarang pertanyaan berkenaan Takaful, atau mendapatkan quotation secara percuma, juga boleh hubungi kami. Kami sedia membantu.
 
p/s : Kepada wanita2 yang ingin mendapatkan aksesori idaman, ini perniagaan yang amat menguntungkan. Dapatkan lesen, dan anda sudah boleh berniaga.
 
 
 
 

Rabu, 24 April 2013

Kenali Personaliti Anda dan Prospek Anda!


Assalamualaikum. Sudah agak lama blog ini tak diupdate. Jangan risau, aku masih beroperasi seperti biasa. Cuma ada beberapa kekangan yang buatkan aku tak sempat update sebarang posting.
 
Dan seperti mana posting aku sebelum ni, aku masih lagi mencari sesiapa yang berminat untuk bersama-sama Al Muaz Global untuk bersama-sama mengembangkan pengetahuan dan perniagaan Takaful di sekitar Lembah Klang. Jangan risau, jika anda kurang yakin dengan diri anda, kami akan menyediakan latihan yang sesuai untuk anda. In fact, aku dan isteri juga dulu tidak yakin dengan diri masing2 untuk bertemu pelanggan. Tapi selepas beberapa kali menyertai mesyuarat mingguan dan seminar, Alhamdulillah kami dapat meningkatkan kebolehan diri. Yang penting adalah keinginan dan keyakinan!
 
Posting kali ni sebenarnya aku nak promote satu event @ seminar yang menarik. Apa perasaan anda jika anda berkebolehan membaca personaliti seseorang dalam masa 5-7 minit? Dan adakah anda yakin dengan personaliti anda sendiri? Aku sendiri tak percaya bila join seminar ni. Pada aku, diri aku adalah yang jenis relax, steady. Tapi bila bertemu dengan orang ramai, dari genggaman tangan hingga ke cara percakapan, ramai mengatakan yang aku ni adalah jenis Dominance. X percaya tapi itulah apa yang orang di sekeliling melihat kita.
 
Seminar ini dipanggil DISC. Apa maksud DISC tu?
 
D = Dominance
  = Influence
= Steadiness
C  = Compliance
 
Kenapa kaedah DISC ni perlu? Dengan memperlajari DISC, kita akan dapat membaca personaliti seseorang, dan dengan itu, urusan InsyaAllah dapat berjalan lancar. Senang cerita, mudah untuk kita 'masuk' klik dengan dia, macam mana kita nak berdepan dengan prospek. DISC ni bukan sahaja boleh digunakan semasa berurusniaga, ia juga boleh digunakan jika anda ada interview.
 
Setiap dari golongan DISC ada kelebihan dan kekurangan, so dalam masa yang sama, kita dapat mempelajari kelemahan dan kelebihan diri. Dan aku jamin, anda tidak akan mengantuk semasa seminar ini berjalan.
 
Seminar ini akan diadakan pada 11 Mei 2013, iaitu hari Sabtu, akan diadakan di Great Eastern Mall, Tingkat 6 @ Training Department. Maybe akan mengambil masa sehari. Tapi jangan risau, anda tidak akan ada masa untuk mengantuk. Masa akan berjalan dengan pantas...
 
Ok. Lupa pulak aku nak bagitau siapa yang akan in charge seminar ni. Seminar akan dikelolakan oleh Mr. Allan See. Beliau merupakan trainer yang berpengalaman. Dah banyak company2 besar ambil beliau sebagai trainer. And ini juga adalah seminar kali kedua aku dan isteri. Dan merupakan kali ketiga oleh kumpulan aku, Al Muaz Global.



Seminar ini bukan percuma. Tetapi ilmu yang kita bakal dapat bernilai lebih dari apa yang perlu dibayar. Berapa bayaran untuk seminar ini pada 11 Mei 2013? RM500? RM800? RM1000? atau RM1500?
 
Well, seminar ini jika diluar, bernilai RM1500.00 untuk sehari. Tetapi oleh sebab seminar ini ditaja oleh Great Eastern, anda yang berminat hanya akan dikenakan bayaran sebanyak RM128.00 sahaja. Murah bukan? Hanya perlu bayar, dan enjoy sambil menimba ilmu!
 
Jika anda berminat, boleh hubungi kami sebelum 7 Mei 2013! Seat adalah terhad! Siapa cepat, dia dapat.
 
Fadli @ 0192201750
Lina  @ 0122857840

Khamis, 4 April 2013

97 Hari Sebelum Ramadhan 2013...

 
Assalamualaikum. Lama dah rasanya x update blog ni. Aku masih lagi ejen Takaful Great Eastern, belum terkubur lagi. Cuma sibuk bekerja je yang punca blog ni agak bersawang.
 
Sedar tak sedar, kita sudah masuk ke bulan April. Dan hari ni, jika mengikut perkiraan, tinggal 98 hari lagi untuk kita memasuki bulan Ramadhan. Pasti anda semua tahu apa yang akan datang selepas Ramadhan dan Syawal bukan?
 
Selepas menyambut kemenangan melawan nafsu, ada diantara kita akan mula bersiap sedia untuk menghadapi musim Haji pula. Adakah anda sedar sekarang pembangunan pesat sedang dijalankan di Masjidil Haram untuk menampung jemaah Haji pada masa hadapan?
 
 
 
 
Sudahkah anda mendaftar sebagai bakal tetamu rumah Allah? Pada bulan Mac yang lepas, salah seorang kenalan aku baru saja mendaftar, dan tahun yang tercatit pada slip pendaftaran ialah 2058. Umur kenalan aku sekarang adalah 30. Bagaimana pula anda yang masih belum berdaftar?
 
Ramai diantara kurang faham maksud :
 
"Mengerjakan Haji hanya pada yang mampu,"
 
Ibadah Haji adalah wajib bagi semua. Oleh itu, ia termasuk dalam senarai Rukun Islam. Pada aku, semua Muslim mampu untuk menjadi tetamu Allah, jika diizinkanNya. Tetapi, apakah yang dimaksudkan dengan 'Mampu'?
 

 
Mampu dari kesihatan, mampu dari segi ilmu, mampu dari segi kewangan. Mampu dari segi kesihatan tu ramai yang tahu. Manakala mampu dari segi ilmu pula, kita wajib belajar segala benda yang kita wajib tahu. Kewangan pula?
 
Pada aku, kemampuan dari segi kewangan ialah persediaan kewangan untuk diri sendiri, dan untuk keluarga yang bakal ditinggalkan. Supaya apabila kepulangan kita nanti, kita mampu meneruskan kehidupan seperti biasa. Dan jika sesuatu menimpa kita semasa menjadi tetamu Allah S.W.T, beban keluarga di tanah air dapat diringankan.

Dengan pelan I-Great Amal oleh Great Eastern Takaful, anda boleh menyimpan, dan dalam masa yang sama memiliki perlindungan semasa mengerjakan ibadah Haji. Pelan yang diwujudkan khas untuk Muslim sahaja.


Berminat? Perlukan penjelasan terperinci? Hubungi kami untuk membuat temujanji dan quotation secara percuma.

Fadli @ 019-2201750 - fadli_zulkifli@yahoo.com
Lina @ 012-2857840 - nurmalina82@yahoo.com



Rabu, 6 Mac 2013

Jawatan Kosong!

 
Assalamualaikum. Agak lama aku tak update blog ni. Well, membuat 2 kerja dalam 1 waktu agak memenatkan. Tetapi berbaloi. Alhamdulillah. Bulan Januari yang lepas, aku dan isteri berjaya closed 7 kes. Dan ini membuatkan kami ingin lebih berusaha di dalam perniagaan Takaful.
 
 
 
Kali ini, kami ingin memaklumkan kami sedang mencari insan yang ingin berjaya di dalam peniagaan yang kami ceburi dari sekitar Lembah Klang. Mengapa Lembah Klang? Buat masa ini, segala latihan, mesyuarat diadakan di Menara Great Eastern. Tetapi jika anda mempunyai semangat untuk berubah, anda amat dialu-alukan.